Wednesday, 2 November 2016

Cuba jadikan insiden bunuh diri bahan politik perlihat pembangkang cukup-cukup terdesak


Pengerusi NGO Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim menyifatkan pembangkang seperti dalam keadaan benar-benar terdesak setelah dilihat cuba memanipulasi insiden lelaki yang membunuh diri dengan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut beliau tindakan tersebut sewajarnya tidak berlaku dan dalam dunia politik yang matang banyak perkara lain yang boleh diutarakan khususnya membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku di negeri yang diterajui oleh mereka sendiri.

Di Selangor contohnya yang terhimpit dengan masalah air…di Pulau Pinang pula dengan masalah banjir yang tak sudah-sudah dan juga pelbagai masalah  lain yang sepatutnya diberi tumpuan utama bukan sibuk menjaja isu-isu murahan seperti di atas.

“Tidak sewajarnyalah insiden bunuh diri itu dijadi bahan untuk menuding jari mana-mana pihak apatah lagi menjadikan ianya sebagai bahan politik”,  katanya

Azrinizam seterusnya menambah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan apa juga permasalahan yang timbul di negeri yang ditadbir oleh mereka juga merupakan satu permasalahan rakyat.

“Janganlah nampak sangat terdesaknya kita untuk mencari populariti politik sehingga tidak ada batasan yang sepatutnya. Ini amat mengecewakan kerana semua perkara cuba dijadikan bahan politik sempit. Jika ini sememangnya menjadi amalan politik pembangkang maka ia cukup-cukup menyedihkan,”

No comments:

Post a Comment