Sunday 27 November 2016

BERITA TENTANG KENAIKAN HARGA GULA TIDAK BENAR

Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk menaikkan kenaikan harga gula seperti disebarkan di media sosial.
Sebaliknya kerajaan sedang mengkaji permintaan MSM Malaysia Holdings Berhad yang memohon menaikkan harga gula sebanyak 20 peratus berikutan kos gula mentah yang meningkat hampir 40 peratus sejak awal tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata kerajaan akan meneliti trend harga pasaran gula dunia terlebih dahulu memandangkan harga pasaran bahan mentah itu boleh berubah.
Beliau melahirkan kekhuatiran trend itu hanya bersifat sementara kerana masalah iklim menyebabkan pengeluaran gula dunia tidak men¬cukupi sementara permintaan semakin meningkat, menyebabkan harga gula mentah dunia naik.
Harga gula di pasaran dunia kini mencecah AS$0.26 bagi satu paun (0.45 kilogram) berbanding AS$0.16 pada tahun 2013 bagi berat yang sama. Kali terakhir kerajaan menaikkan harga gula pada 2013 iaitu daripada RM2.50 kepada RM2.84 sekilogram.

No comments:

Post a Comment