PENYANYI dan pemuzik tanah air, Namewee mencetuskan kontroversi lagi apabila video muzik terbaru arahannya bertajuk 'Mimi' menerima kritikan negatif daripada netizen, lapor Oriental Daily.
Lagu Mimi dalam video muzik itu dicipta Namewee sempena kempen kesedaran mencegah kanser payu dara.
Bagaimana pun, lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi dari Taiwan, Michiyo Ho itu mengandungi unsur lucah dan kurang enak diperdengarkan kepada umum.
Malahan klip video yang diterbitkan berdurasi empat minit empat saat itu turut mengundang beberapa model gadis yang hanya berpakaian coli dan seluar dalam sebagai penari latar.
Ramai netizen menuduh Namewee telah memperalatkan golongan wanita dan beranggapan klip video itu berunsur lucah.
Bagaimana pun, Namewee menafikan segala dakwaan berkenaan dan semua pihak tidak patut menonton video muzik dengan pandangan negatif.
Beliau berharap sesiapa yang menuduhnya sebagai pengarah yang tidak beretika supaya menarik balik kenyataan mereka kerana video itu tidak mengandungi unsur lucah, sebaliknya menyedarkan masyarakat tentang kanser payu dara.-Sinar Harian
No comments:
Post a Comment