Tuesday, 18 October 2016

Pendidikan Di Malaysia Hampir Percuma


PEMBANGKANG NAK APA LAGI..?

Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh menjawab pertanyaan ahli Parlimen PKR- Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sama ada kerajaan bercadang untuk menyemak semula yuran akademik di IPTA.

Beliau berkata subsidi kerajaan kepada yuran akademik di Universiti Awam melebihi 90 peratus menjadikan kos pengajian pendidikan tinggi di negara ini hampir percuma. Kerajaan Malaysia tidak mengenakan yuran yang tinggi kepada para pelajar dan menjadikannya antara yuran terendah di Asia.
Tambah beliau, komitmen kerajaan terhadap pendidikan tinggi dari segi sudut peruntukkan yang diberikan merupakan antara yang tertinggi di dunia.Kerajaan juga mewartakan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap perkhidmatan pendidikan di Universiti Awam seluruh negara.

No comments:

Post a Comment