Minyak masak bersubsidi Malaysia dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.Tinjauan BH di pekan Danok,sempadan Kedah/Thailand dan pekan Sungai Golok,sempadan Kelantan/Thailand mendapati hampir semua kedai runcit menjual minyak masak dalam botol 5 kilogram (kg) dan pek plastik satu kg sama seperti yang dijual
di Malaysia.
Di Danok, minyak masak itu dipamer dan dijual secara ter buka di lebih 10 kedai yang terletak kira-kira satu kilometer dari pintu masuk Malaysia.
Pemerhatian BH turut mendapati sekurang-kurangnya enam jenama minyak masak bersubsidi keluaran syarikat berbeza di Malaysia dijual di negara berkenaan.
Malah, pemerhatian wartawan pada setiap botol dan pek yang dijual tertulis untuk pasaran tempata dan bukannya untuk dieksport.
Minyak masak 5kg didapati dijual pada harga RM18 danM minyak satu kg pula dijual RM3.50.Bagaimanapun, penelitian pada setiap botol dan pek minyak masak itu masing-masing tertera harga RM13.35 untuk botol 5kg dan RM2.50 bagi pek 1kg.
Ini sekali gus membuktikan pendedahan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani mengenai ketirisan dalam pemberian subsidi minyak masak sehingga mengakibatkan kerajaan rugi hampir RM500 juta setahun.
Johari memberitahu BH Ahad, kerajaan membayar subsidi untuk 85,000 tan minyak masak sebulan sedangkan purata minyak masak yang digunakan rakyat negara ini hanya 40,000 tan sebulan.
Dijual pada harga mahal
Di Rantau Panjang, tinjauan BH di pekan ini juga mendapati peniaga menjual minyak masak pelbagai jenama dari Malaysia secara terbuka dengan hargayang agak mahal.
Paket sekilogram (kg) minyak masak dijual pada harga RM3 hingga RM3.80 berbanding RM2.50 satu kg di Malaysia, manakala lima kg pula dijual padaharga RMl6 hingga RM18 sebotol, bergantung kepada jenama.
Seorang peniaga di pekan itu,Asiyah Mat, 43, berkata dia mendapat bekalan minyak masak daripada pemborong rakyat Malaysia dari Rantau Panjang diKelantan.
"Saya selalu membeli paket satu kg dan pemborong mendakwa ambil keuntungan 20 hingga 40 sen bagi setiap paket,"katanya ketika ditemui di pekan Sungai Golok, semalam.
Antara jenama minyak masak dijual di pekan itu ialah Saji,Vesawit dan Sri Murni.
Sementara itu, seorang penduduk Sungai Golok, Husain Mahamed, 32, berkata setiap kali ke Rantau Panjang, dia akan membeli minyak masak walaupun hanya dihadkan 5kg saja untuk melepasi sempadan.
"Kami sentiasa membeli minyak masak dari Malaysia kerana harganya yang murah dan lebih sedap digunakan dalam masakan."Minyak kacang jenama Thailand harganya mahal iaitu RM5 sekilogram. Lagipun, sejak dulu Lagi kami mendapatkan bekalan minyak masak dari Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment