Monday, 24 October 2016

MERAH Halau Ceramah BERSIH di Bayan Baru



Kumpulan Baju Merah berjaya menghalau aktiviti ceramah yang di adakan oleh BERSIH yang diadakan di Bukit Gedung, Pulau Pinang. Kehadiran Kumpulan Baju Merah yang di aggarkan kira-kira 100 bertindak berkumpulan di seberang jalan.
Kumpulan Baju Merah memulakan ceramah mereka ketika Timbalan Ketua Menteri IRashid Hasnol sedang menyampaikan ucapan di lokasi sama. Ucapan Baju Merah berjaya menegelamkan ceramah BERSIH.
Tidak terhalang dengan tindakan sedemikian, Rashid yang juga ADUN Pulau Jerejak dari PKR menyeru para peserta pada majlis ceramah itu untuk melaungkan "BERSIH! BERSIH!". tetapi kurang mendapat sambutan kerana Kumpulan Baju Merah lebih ramai dari peserta ceramah BERSIH semalam.
Kumpulan berkenaan juga melaungkan "Undur, undur!" dan "Hancur, hancur!".Beberapa anggota polis dilihat berada di situ untuk memantau keadaan. Ahli Sekretariat BERSIH, Mandeep Singh berkata, ini adalah kali kedua beliau disambut oleh kumpulan baju merah di pulau mutiara itu.




No comments:

Post a Comment