Hashtag #Bajet2017 dilihat trending di laman Twitter worldwide ketika Najib yang juga Menteri Kewangan berucap membentangkan belanjawan negara untuk tahun depan di Dewan Rakyat di Parlimen.
Ia berikutan kebanyakan netizen pengguna media sosial itu yang mengikuti siaran langsung Twitter berkaitan pembentangan itu yang bermula sejak pukul 4 petang semalam.
Promosi berkaitan hashtag itu telah pun dipromosikan sejak awal minggu ini beberapa hari sebelum hari pembentangan bajet pada hari ini.
Sementara itu, pembangkang seperti biasa berkelakuan seperti manusia tidak bertamadun apabila membuat bising dan mengganggu Najib membentangkan Bajet 2017.
Pada setiap perenggan mereka cuba membuat bising dan mengejek Najib dengan niat mahu mewujudkan rasa tidak senang kepada beliau membentangkan belanjawan negara dengan lancar.
Bagaimanapun, sebagai seorang berjiwa besar Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan tetap tenang dan terus membentangkan bajet berkenaan.
Selain itu, warna baju yang dipakai oleh Najib juga menjadi medan para netizen untuk meneka apakah warna yang bakal dipakai oleh beliau pada hari ini.
Beberapa media sosial dilihat juga mengajak para pengguna perkara yang sama menjelang beberapa jam sebelum pembentangan dimulakan. – pru14.tv
No comments:
Post a Comment