Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah hanya berdiam diri apabila peserta demonstrasi jalanan Bersih 4 menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tahun lalu.
Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, sikap Maria yang langsung tidak bersuara itu dilihat agak pelik dan menghairankan.
Menurut beliau, peserta demonstrasi Bersih 4 bukan sahaja membuat replika batu nisan jirat Cina dengan lakaran imej menyerupai Najib dan Rosmah malah mereka turut mengadakan upacara pengebumian olok-olok terhadap Perdana Menteri serta isteri.
“Kenapa Maria dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga langsung tidak bersuara apabila peserta demonstrasi Bersih memaparkan kebiadaban dan ancaman seperti itu?
“Adakah anda mengamalkan dwistandard?” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.
Maria membuat laporan polis hari ini berhubung penyebaran video melalui media sosial yang didakwa mengandungi ancaman bunuh terhadap dirinya.
Demonstrasi jalanan Bersih 4 tahun lalu memperlihatkan kebiadaban sekumpulan pesertanya menghina pemimpin-pemimpin negara termasuk Najib dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebahagian peserta Bersih 4 turut membawa poster duit neraka yang memaparkan imej Najib.
No comments:
Post a Comment