Monday, 10 October 2016
DAP Pulau Pinang Gagal Selesai Isu Rakyat
Kerajaan DAP Pulau Pinang dikecam kerana gagal menyelesaikan isu-isu rakyat terutamanya melibatkan pencemaran alam sekitar akibat pembangunan melampau di negeri itu.
Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, meskipun pemimpin DAP lantang memperjuangkan prinsip kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti (CAT), namun kerajaan negeri di bawah pimpinan parti tersebut bagi penggal kedua sinonim dengan skandal dan tadbir urus yang jelas lemah.
“Dari projek Bukit Botak sehingga ke projek terowong dasar laut yang meragukan, prestasi kepimpinan DAP di bawah Lim Guan Eng terus merosot.
“Pencemaran alam sekitar akibat pembangunan melampau yang tidak terkawal merosakkan flora dan fauna, sekali gus menjejaskan Pulau Pinang sebagai pusat tarikan pelancong,”
Menurut Siew Keong, sebelum DAP mengambil alih pentadbiran negeri tersebut, Gerakan berjaya memastikan pembangunan mapan di Pulau Pinang, antaranya penyediaan rumah mampu milik dan penyenaraian Georgetown sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
-UM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment