Tuesday, 11 October 2016

Lim Guan Eng, Cukuplah Berbohong Mengenai GST


Kerajaan rugi berbillion ringgit setahun akibat daripada syarikat-syarikat pengeluaran yang melarikan diri dari membayar cukai sebenar sebagaimana ditetapkan sebelum terlaksananya GST.
Syarikat terbabit telah melakukan penipuan dalam kepelbagaian cara untuk tidak memberi cukai korporat, cukai syarikat kepada kerajaan. Penipuan terhadap hasil dan pengeluaran dilakukan untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Sejak beberapa dekad yang lalu, penyokong teras DAP mendakwa mereka merupakan penyumbang utama kepada cukai di negara kita. Kenyataan sebenar mengenai tekanan GST adalah palsu semata mata.

Sebenarnya penyokong tegar DAP ini adalah diantara jumlah yang paling tinggi melarikan diri daripada membayar cukai pendapatan di Malaysia. Secara jelasnyan mereka ini dapat menipu dan memanipulasi pengisytiharan pendapatan mereka berbanding dengan Bumiputera yang majoritinya sebagai pekerja sesebuah organisasi.

Cuba kita bayangkan berapa banyak penipuan cukai dilakukan oleh kumpulan tegar DAP ini yang mana memanipulasikan kebaikan GST kepada negara yang mana sebelum ini mereka inilah yang telah memanipulasikan pendapatan mereka untuk menipu kerajaan.

Bayangkanlah sepuluh daripada ribuan ahli perniagaan menggunakan kaedah yang sama untuk mengelak daripada membayar cukai sebenar yang diwajibkan kepada mereka oleh undang-undang.
Berapa juta, jika bukan billion daripada pendapatan negara ditipu sejak kita merdeka, namun mereka berani mendakwa bahawa mereka adalah penyumbang cukai yang paling tinggi? Perlaksanaan GST adalah sesuatu yang tidak disukai oleh pengelak pembayar cukai kerana ia menutup kelemahan dalam sistem percukaian yang diamalkan sebelum ini.

Sistem GST membolehkan kerajaan dengan mudah membandingkan pendapatan yang diisytiharkan oleh orang-orang ini dengan rekod GST yang dikutip setiap tahun.
Kerajaan Persekutuan akan terus bertindak tegas untuk mencapai sasaran kutipan tahunan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ekoran kesan cukai tersebut terhadap peniaga yang dahulunya suka melarikan diri dari membayar cukai.

Penurunan kutipan sehingga 30% bagi suku kedua tahun ini adalah bukti masalah perniagaan yang menghadapi masalah kesan daripada ekonomi global. Bukan hanya di Malaysia malah ianya berlaku diseluruh negara di dunia yang mengamalkan sistem percukaian GST.,
Ulasan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap laporan kutipan GST sekadar RM17.2 bilion bagi separuh pertama tahun ini, jauh berbanding unjuran sasaran RM39 bilion.
Guan Eng turut memberi amaran kepada kerajaan agar tidak menampung kekurangan terbabit dengan memangsakan para peniaga dengan melakukan penyiasatan cukai untuk memerah mereka.
“Ramai peniaga membuat aduan terhadap permintaan yang tidak munasabah dan pilih kasih oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri apabila ia tidak melakukan perkara yang sama terhadap ahli politik BN yang menerima sumbangan dana yang besar,” jelasnya.
“Kos yang tak sepatutnya dikenakan ini hanya menambah beban terhadap negeri dan kerajaan tempatan.
“Saya ingin memberi contoh, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan tempatan, begitu juga dengan agensi-agensi negeri perlu membayar GST sebanyak RM48 juta setiap tahun kepada Kerajaan Persekutuan,” kata Guan Eng.

Kata beliau lagi, Kerajaan Persekutuan sewajarnya meniru pelaksanaan GST di negara-negara memulangkan kutipan cukai tersebut kepada negeri.

Kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah Guan Eng seperti orang yang begitu bodoh sekali, Tidakkah dia sedar bahawa pemulangan hasil GST kerajaan dibuat melalui pembangunan pembangunan yang diserata negeri.

Pembohongan kenyataan ini menunjukkan bahawa sikap tidak bertanggung jawab DAP dalam memberikan penjelasan sebenar mengenai bagaimana hasil GST disalurkan semula kepada rakyat. Guan Eng seakan mahu melihat pemulangan hasil tersebut mesti dilakukan dalam bentuk penerimaan tunai sahaja.

Cukai korporat yang dibayar oleh mereka mencecah berbilion ringgit setahun. Ini telah digunakan sepenuhnya untuk membina infrastruktur awam di negara kita, membayar gaji kakitangan kerajaan dan memberi subsidi lain kepada rakyat.

Satu-satunya cara adalah menggulingkan kerajaan semasa dan menggantikan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang akan menggariskan dasar-dasar yang akan memberi manfaat kepada mereka.

Hanya ‘stupig’ Bumiputera akan menyertai Bersih 5.0 yang telah mempunyai objektif jelas untuk memusnahkan negara kita dan rakyatnya. Mereka mahu mengambil hak istimewa Bumiputera yang sedikit yang masih kita perolehi tetapi mereka tidak akan membenarkan keistimewaan mereka diambil.

Sumber:http://www.pru14.tv/…/lim-guan-eng-cukup-la-berbohong-meng…/

No comments:

Post a Comment