Thursday, 20 October 2016
BERSIH 5 Jelas Mengelirukan
Banyak pihak sebenarnya terkilan dengan penahanan ketua gerakan baju merah , Datuk Jamal Yunos sebaik beliau tiba di KLIA baru-baru ini.Sungguhpun begitu tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk mencetuskan huru-hara atau menyalakan lilin bagi menunjukkan solidariti seperti mana yang sering dilakukan oleh konco-konco pro pembangkang.
Inilah perbezaan paling ketara jika dibandingkan dengan gerakan-gerakan lain khususnya gerakan haram BERSIH yang lebih banyak menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara.
Pastinya sikap menghormati undang-undang dan patuh kepada penguatkuasaan pasukan keselamatan menjadi teras utama dan kerana itulah penahanan ketua gerakan merah tempoh hari berjalan dalam keadaan baik.
Kini ramai pihak diluar sana mula mempersoalkan tentang kedudukan penganjur BERSIH 5 iaitu Maria Chin.Ramai berpendapat beliau perlu di tahan dan di siasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Ahli Parlimen BN Kuala Selangor , Datuk Irmohizam Ibrahim berkata Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik kerana secara zahirnya murni pada mata rakyat, namun hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara.
“Himpunan ini perlu dibersihkan agar kita tidak dikotorkan dengan sejarah hitam yang mungkin boleh mengancam keselamatan negara.
“Justeru, adalah amat tepat sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan. Perlu disedari, berhimpun bukanlah adab kita yang mendukung Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,”
Oleh yang demikian , perhimpunan Bersih 5 wajar dihentikan dan dihalang POLIS kerana berkemungkinan besar mengundang ancaman pengganas yang melihat peluang terbaik untuk bertindak .
Sejarah perhimpunan Bersih terdahulu jelas menunjukkan penganjur gagal mengawal peserta dengan baik sehingga berlakunya insiden yang mengancam keselamatan awam, kerosakan harta benda dan kesesakan lalu lintas.
Bersih hanyalah agenda untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dan mengugat ketenteraman awam .
Selain daripada itu gerakan haram BERSIH 5 ini jelas mengelirukan dan ianya secara terang-terangan hanyalah pentas dan peluang yang digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Antara kandungan risalah BERSIH 5 yang diedarkan kepada orang ramai menyebut bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih dan tidak adil.Justeru itu gerakan BERSIH 5 ini perlu digerakkan diseluruh negara bagi mengembalikan keadilan kepada SPR.
Logiknya ramai dari kalangan pemimpin parti-parti pembangkang terlibat dalam gerakan BERSIH 5 dan diantaranya adalah dari parti DAP.
Yang menghairankan adalah bagaimana mereka-mereka ini boleh mempertikai SPR sebagai tidak bersih dan tidak adil sedang DAP kini menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang hasil daripada keputusan yang diwartakan oleh SPR dan diuruskan sepenuhnya oleh SPR sejak dari proses penamaan calon ?
Jika mengambil kira daripada pertikaian tersebut maka sudah pastilah kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan negeri yang tidak SAH dan DAP seharusnya segera mengosongkan semua jawatan pentadbir termasuk jawatan Ketua Menterinya.
Berdasarkan semua diatas jelas kehadiran BERSIH 5 bukanlah atas dasar menyuarakan hasrat rakyat tetapi lebih kepada agenda politik pembangkang yang mahu memburukkan imej negara dan kerajaan Barisan Nasional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment