Thursday, 27 October 2016

Azeez doa moga Muhyiddin, Husni tak jadi hipokrit


 Ahli Parlimen Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mempertikaikan dua bekas menteri yang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad dalam perbahasan Bajet 2017.

Dalam ucapan bahasnya, Azeez (BN-Baling) mempertikaikan mengapa bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh) dan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno-Tambun) tiba-tiba prihatin akan perkara berkaitan 1MDB.

Beliau mengingatkan kedua mereka akan sumpah kerahsiaan yang mereka ikrarkan semasa menjawat portfolio kementerian masing-masing.

“Sebelum ini kamu pertahan 1MDB, sekarang kamu persoalkan? Kamu yang sepatutnya menjawab.
“Kamu tahu amalannya. Sebagai seorang menteri kamu terikat pada sumpah.

“Sekarang (di Dewan Rakyat) kamu kebal, tapi kamu mungkin memungkiri Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.”

Muhyiddin kehilangan kerusi TPM dalam rombakan Jemaah Menteri tahun lepas. Dikatakan kerana kelantangannya mengkritik parti berkenaan isu 1MDB.

Pada Julai tahun ini, beliau disingkirkan sebagai timbalan presiden Umno.
Manakala Husni digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini.

Husni, yang mendakwa uzur akibat menangani kontroversi sekitar 1MDB, mengejutkan ramai pihak apabila mengemukakan mengajukan soalan kritikal terhadap syarikat kerajaan bermasalah itu dalam ucapan Bajet 2017 pada Isnin.

Azeez berkata Muhyiddin dan Husni – yang tidak hadir hari ini – membesar bersama Umno, tetapi hari ini menyerang parti lama mereka.

“Kamu alat pembangkang. Saya doa moga kamu tak jadi hipokrit,” katanya kepada Dewan.
Beliau hairain Muhyiddin, yang sebelum ini dilabel ultra Melayu oleh pembangkang kini bekerjasama dengan mereka.

“Sebelum ini kamu musuh ketat, seorang ultra Melayu. Sekarang kami bersama Gelang Patah,” katanya merujuk kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang.

No comments:

Post a Comment