Monday, 1 August 2016
PRN batal bukti pembangkang tidak sepakat
Kegagalan DAP untuk meyakinkan PKR bagi mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang menunjukkan kurangnya persepakatan dalam pakatan pembangkang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, setiap parti dalam pakatan itu mempunyai agenda politik masing-masing.
“UMNO Pulau Pinang tidak terkejut dengan keputusan DAP untuk tidak meneruskan hasrat mereka bagi mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang berikutan ketidakupayaan DAP mendapatkan kata sepakat dan persetujuan daripada rakan sekutunya PKR.
“Perbalahan dan pertelingkahan antara pemimpin DAP dan PKR di media dilihat sebagai bukti kurangnya persepakatan mereka berhubung isu pilihan raya negeri,” katanya.
UMNO Pulau Pinang turut membuat gesaan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya secara hormat meletakkan jawatan beliau berikutan dakwaan rasuah.
“Lim Guan Eng sepatutnya berundur kerana gagal meyakinkan rakan politiknya untuk bersetuju dengan cadangannya bagi mengadakan pilihan raya mengejut yang mana sekarang ia tidak akan diadakan,” katanya sambil menambah, ia juga mewakili kegagalan politik peribadi bagi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP itu.
Zainal Abidin berkata, UMNO Pulau Pinang akan terus bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment