Monday, 1 August 2016
PENJELASAN KES SAMAN SIVIL DOJ LIBATKAN 1MDB
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu telah mengadakan sidang media untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.
Sidang media berkenaan diadakan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dan beliau menamakan empat individu iaitu anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz, ahli perniaaan rakyat Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, bekas pengarah urusan IPIC, syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem al Qubaisi yang juga bekas pengerusi Aabar investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggungjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.
Memandangkan dokumen DOJ itu memerlukan masa untuk dibaca sepenuhnya, maka berikut adalah ringkasan daripada dokumen dan sidang media yang dibuat oleh Lynch.
DOJ telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset individu terbabit yang mereka percaya ada kaitan dengan 1MDB bawah inisiatif pengambilan semula aset kleptocracy.
Apakah kleptocracy?
Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada 2010 oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui DOJ. Ia bertujuan menyita dan mengambil semula aset dalam negara itu yang disyaki mempunyai kaitan kepada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.
Mengapa DOJ menyisat kes ini?
Pada Mac 2015, DOJ menerima aduan daripada Sarawak Report dan penyokong setia Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Khairuddin Abu Hassan.
Apakah yang sebenarnya difailkan oleh DOJ terhadap 4 individu terbabit?
Empat individu iaitu anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz, ahli perniagaan rakyat Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, bekas pengarah urusan IPIC, syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem al Qubaisi yang juga bekas pengerusi Aabar investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggunjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.
Adakah Perdana Menteri turut didakwa?
Tidak. Perdana Menteri tidak didakwa dan tidak dinamakan dalam kes ini sebaliknya pada September 2015, Mahathir yang mendakwa kononnya Najib bimbang untuk ke luar negara kerana mungkin ditangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Ini adalah kes sivil dan nama Najib tidak disebut dalam saman ini. Terdapat rujukan dibuat kepada Malaysia Official 1 di mana DOJ mendakwa individu ini menerima dana yang berkait dengan 1MDB.
Adakah sesiapa akan dipenjarakan jika aset disita?
Tidak. Ini adalah kes sivil dan bukannya kes jenayah. Jika mahkamah menyebelahi DOJ, aset akan disita. Tiada pemenjaraan atau pertuduhan jenayah.-tv14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment