Wednesday, 10 August 2016
PAS lapor polis berhubung fitnah Sarawak Repo
9 OGOS : PAS membuat satu laporan polis terhadap sebuah portal berita Sarawak Report pada Selasa di Ibu Pejabat Balai Polis Kuala Terengganu, Terengganu kerana membuat cerita fitnah dan tuduhan palsu terhadap parti itu dengan tujuan mencipta kebencian dan pemusuhan dikalangan orang ramai.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata laporan polis itu dibuat pada jam 5 petang hari ini dengan menyifatkan laporan yang ditulis sebagai satu fitnah jahat yang merupakan ‘racun dunia pemberitaan’.
“Secara teknikalnya (saman) kepada Sarawak Report belum boleh diumumkan lagi,
kita akan umum kemudian.
“Kita hanya akan membuat laporan polis sahaja. Laporan akan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu hari ini jam 5 petang,” kata Khairuddin kepada BNBBC.my portal pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Dewan Ulamak PAS Pusat melihat laporan yang dibuat portal berkenaan penuh cerita rekaan dan palsu dengan tujuan mencipta kebencian dan permusuhan terhadap individu atau organisasi.
“Ia lambat laun akan menghancurkan asas-asas bermasyarakat dan keharmonian bernegara serta melahirkan sebuah masyarakat yang rosak akhlak dan jahat perangai.
“Ia ternyata jelas menerusi tindakan sebuah portal Sarawak Report yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai berita dan cerita pendedahan sensasi politik telah bertindak mereka-reka.
“Cerita fitnah dan palsu tentang pimpinan PAS dengan niat jahat mencipta persepsi buruk dan mewujudkan permusuhan antara rakyat dan PAS,” katanya.
Tambahnya, laporan berkenaaan sangat jelas mempunyai perancangan pihak tertentu yang berkepentingan politik untuk merosakkan reputasi dan imej baik PAS.
Semalam, PAS menafikan dakwaan laman web Sarawak Report berhubung menerima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengancam untuk menyaman pemilik laman itu.-bnbbc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment