Wednesday, 10 August 2016

41,000 pencarum KWSP tukar skim syariah


9 OGOS: Sebanyak 41,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mendaftar dalam Simpanan Syariah pada hari pertama pembukaan pendaftaran skim itu di seluruh negara, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, proses pendaftaran itu bagaimanapun diteruskan sehingga peruntukan dana RM100 bilion habis.

Katanya, Lembah Klang mencatatkan pendaftaran paling tinggi dengan peruntukan masa pendaftaran 10 sehingga 30 minit berbanding satu hingga tiga minit di negeri-negeri lain.

“Ahli-ahli juga perlu melihat berita semasa KWSP yang dikemas kini di laman Facebook dan Twitter dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat KWSP Jalan Raja Laut pada Selasa.

Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman.

Terdahulu, Johari turut sama beratur di kaunter KWSP untuk menukar caruman kepada Simpanan Syariah.

No comments:

Post a Comment