DULU:
———
(Jan 14, 2014): Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd menjangkakan akan menyiapkan kajian kesesuaian untuk projek kontroversi terowong dasar laut dan jalan raya utama Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion menjelang April tahun ini, demikian menurut pengerusinya Datuk Zarul Ahmad Zulkifli.
Zenith PMC Snd Bhd, sebuah unit di dalam Zenith Construction, telah menandatangan satu usaha sama dengan Astral Supreme Construction Sdn Bhd pada September 2013 untuk melaksanakan kajian kesesuaian, reka bentuk dan penilaian impak alam sekitar (EIA) untuk terowong dasar laut tersebut.
“Kita dijangka akan dapat menyiapkan kajian ini menjelang April. Buat masa sekarang, kita berada di landasan yang tepat. Laporan itu sepatutnya siap menjelang Jun tetapi kita telah percepatkannya,” menurut beliau kepada sekumpulan wartawan selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan Koperasi Staff CIDB Malaysia Bhd (KoCIDB) di sini semalam.
http://bit.ly/2aFmpST
KINI
———
(Ogos 3, 2016): Pulau Pinang akan mneyerahkan laporan kesesuaian untuk terowong dasar laut seperti yang diminta oleh Kementeria Kerja Raya walaupun ianya tidak mempunyai kaitan dengan dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan pulau dan tanah besar.
Di dalam surat untuk Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihak negeri akan menghantar kajian itu menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan (2017), selepas ianya disiapkan.
http://bit.ly/2b6Lmoy
————————————-
Tiada. Tiada apa yang pelik di sini walaupun ianya bernilai RM305 juta dan separuh daripadanya telah dibayar pada Januari tahun ini yang telah 3 tahun lewat walaupun ianya hanya melibatkan kajian.
Laporan PAC sendiri lewat dua kali. Dah hampir setahun pun lewat.
Tiada apa nak dilihat di sini.
Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1839481936270592&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3
No comments:
Post a Comment