Thursday, 4 August 2016

BAGAIMANA DAP HIDUP? DENGAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN..


Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan keputusan pembangkang menarik diri dari semua jawatankuasa sub-EXCO yang dianggotai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sejak tiga tahun lalu sebagai usaha mereka untuk meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata memang sudah menjadi resam DAP untuk hidup dengan mencari kesalahan orang lain.

“Apa pun ini keputusan mereka, kita (BN) akan teruskan semua usaha kita untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan tidak akan berhenti mahu pun terjejas dengan tindakan itu.

“Apa yang dilakukan Kor Ming itu adalah atas dua sebab iaitu sudah menjadi cara mereka untuk ‘survive’ (hidup) dengan menyalahkan dan mencari kesalahan pihak lain dan apabila banyak perkara yang mencapai kejayaan dilaksanakan kerajaan negeri, mereka melihat ia sebagai satu ancaman dan mereka mula melaksanakan ‘blame game’ (mencari salah dan alasan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media menjelaskan tindakan pembangkang itu di sini hari ini. Kor Ming pada sidang media hari ini mengumumkan keputusan pembangkang menarik diri daripada semua jawatankuasa sub-EXCO yang dianggotai sejak kira-kira-kira tiga tahun lalu dengan alasan jawatankuasa itu tidak memiliki kuasa membuat keputusan.

Beliau mendakwa penubuhan jawatankuasa itu yang dianggotai ADUN kerajaan dan pembangkang hanya sebagai hiasan dan bersifat kosmetik semata-mata kerana keputusan muktamad berhubung sesuatu isu diputuskan di peringkat mesyuarat EXCO kerajaan negeri.

Dr Mah berkata, Kor Ming sepatutnya mengambil cabaran apabila sudah dilantik menjadi ahli jawatankuasa dan perlu berani memikul tanggungjawab dan bukannya menyalahkan kerajaan semata-mata dengan berterusan menggunakan cara yang negatif dan pesimistik.

Katanya, tindakan yang dilakukan Kor Ming ini adalah tindakan kuku besi kerana sebagai Pengerusi DAP Perak dan tindakan itu jelas mencerminkan keadaan DAP yang kini semakin tertekan.-tv14

No comments:

Post a Comment