Sunday, 24 July 2016

Desak Diadakan PRU Awal, Guan Eng Perlu Cermin Diri


BUKIT BENDERA, 24 Julai – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu mencermin dirinya sendiri sebelum mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk segera membubarkan parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Jelasnya, perdana menteri tidak perlu melayan permintaan tidak matang seperti ini kerana sokongan rakyat telahpun dibuktikan kepada Barisan Nasional (BN)melalui keputusan PRN Sarawak dan dua PRK iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar Baru-baru ini.

“Dalam keputusan PRN Sarawak dan dua PRK tersebut rakyat telah memilih dan memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah maka tidak perlu PRU awal diadakan bagi melihat sokongan rakyat.

“Hanya mereka yang terdesak yang mahu PRU awal diadakan. Ini hanya satu taktik kotor pembangkang untuk menutup permasalahan mereka sendiri. Mereka mahu mengheret BN dalam propaganda politik murahan mereka.

“Sebenarnya Dap juga tidak perlu berfikir atau merancang untuk mengadakan PRN Pulau Pinang kerana sama seperti BN mereka juga telah diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini sehingga PRU akan datang. Jadi tidak perlu gelojoh,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang diedarkan.

Justeru itu Rafizal turut menempelak sikap Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan yang dilihat terlalu mementingkan diri sendiri dek kerana hanya takut hilang kuasa sehingga mahu mengadakan PRN.

Baginya, tidak ada rasional untuk mengadakan PRN apatahlagi jika ia berkaitan dengan kes mahkamah yang melibatkan Guan Eng.

“Janganlah mengheret rakyat ke kancah urusniaga peribadi dia. Tunggu sahajalah PRU diadakan… Sudah tidah tidak lama…

“Apa yang ditakutkan sangat sehingga dia mahu menghuru-harakan dunia politik negara. Sepatutnya Guan Eng yang perlu letak jawatan dan bukannya mendesak Perdana Menteri adakan PRU awal,” katanya lagi.

Untuk rekod desakan yang disuarakan oleh Guan Eng ini adalah ekoran tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap individu yang didakwa memperoleh jutaan ringgit daripada 1MDB.

No comments:

Post a Comment