Sunday, 24 July 2016

Amaran Terakhir Untuk Guan Eng


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, diberikan amaran terakhir supaya berhenti mengulas mengenai tuduhan jenayah salah guna kuasa dan rasuah yang sedang dihadapinya.

Amaran itu dikeluarkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini selepas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan terbaru yang dilihat menyerang integriti Mohamad Apandi sebagai Pendakwa Raya. 

"Guan Eng berbuat demikian sejak beliau didakwa di mahkamah dan saya sudah memberikan amaran menerusi (akhbar) The Star supaya berhenti bertindak sedemikian, selain sudah meminta peguamnya untuk menasihati beliau. "Saya perlu mengeluarkan amaran terakhir ini kerana komen terbarunya sama seperti serangan ke atas integriti saya sebagai Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan semalam. 

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang. Mohamed Apandi berkata, beliau perlu mempertahankan diri atas tuduhan tidak berasas yang mempertikaikan integritinya. "Dalam proses mempertahankan diri, saya mungkin perlu mendedahkan bukti yang pihak pendakwaan ada untuk mensabitkannya dan semua dokumen itu berada dalam simpanan saya," katanya.-SumbeR

No comments:

Post a Comment