Sunday, 5 June 2016

Penggali kubur, pemandi jenazah terima bantuan Ramadan


TASEK GELUGOR - Lebih 100 orang penggali kubur di sini adalah antara 7,000 orang yang menerima bantuan sempena kedatangan bulan Ramadan.

 Bantuan diberikan oleh Pejabat Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, pihaknya memperuntuk RM500,000 bagi tujuan itu untuk meringankan beban golongan berkenaan.

 "Memang menjadi tradisi kami untuk menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada mereka yang memerlukan antaranya ibu tunggal serta anak yatim piatu dan pada tahun ini ia diperluas kepada penggali kubur serta mereka yang memandikan jenazah.

 "Sumbangan turut berupa beras, gula dan tepung," katanya kepada pemberita. Sebanyak 30 buah masjid turut menerima bantuan berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment