PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pengsan ketika menghadiri satu mesyuarat malam ini, lapor The Star Online.
Memetik sumber, laporan itu berkata Bashah tiba di KMC pada 7.30 malam dan pada masa ini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora kira-kira jam 7 malam.
Bashah, 65, baru dilantik sebagai menteri besar pada Februari selepas krisis kepimpinan di negeri jelapang padi itu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
No comments:
Post a Comment