Wednesday, 1 June 2016

DAP beri 'Arak' Kepada Bekas Ahli Pas sehingga tubuhkan AMANAH..


Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menuduh bekas rakan sekutunya, DAP memberi ‘arak’ kepada bekas ahlinya yang lari menubuhkan parti serpihan AMANAH sehingga menyaksikan parti Islam itu hilang ramai ahlinya.

Nik Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa DAP yang memulakan serangan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akhirnya menyaksikan kehancuran blok pembangkang, Pakatan Rakyat pada tahun lalu.

“Ketika kita bersama dulu (dalam pakatan pembangkang), siapa yang memulakan serangan terhadap Presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang) kalau bukan DAP.

“Siapa yang pecahkan ahli PAS sampai ada yang ‘mabuk’ dan pindah tubuhkan AMANAH? Ini semua angkara DAP yang bagi ‘arak’ kepada mereka (bekas ahli PAS) sampai masuk AMANAH,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) Kota Bharu pada Rabu.

Beliau juga meneruskan kecaman terhadap DAP yang melabelnya sebagai sombong kerana mencadangkan kepemimpinan PAS mengkaji semula kerusi yang ‘dipinjamkan’ kepada bekas sekutu dalam pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum lalu.

“Saya nak beritahu DAP bahawa mereka yang sombong sampai tak tahu diri sendiri angkuh, sebaliknya tuding jari kepada saya,” katanya.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke hari ini membidas Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai angkuh susulan kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment