Saturday, 4 June 2016
PAS beku kerjasama dengan PKR selepas Azizah hadir pengumuman calon PAN
PAS Kuala Kangsar membuat tindakan drastik membekukan hubungan dengan PKR berkuat kuasa serta merta, kata Yang Dipertuanya Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Ia berikutan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di majlis pengumuman calon Parti Amanah Negara (PAN), Dr Ahmad Termizi Ramli untuk kerusi parlimen Kuala Kangsar.
Raja Ahmad Iskandar berkata, PAS 'terguris dan terhiris' dengan tindakan PKR itu kerana PAS dan PKR masih rakan tahaluf. "Bagaimana Presiden PKR boleh hadir menyokong calon yang akan menentang rakan tahalufnya."
"Pada hemat saya, ianya satu tindakan,tikam belakang terhadap kami di Kuala Kangsar,dan merupakan satu pengkhianatan kepada,tahaluf siyasi yang diasaskan bersama," katanya dipetik sebuah portal berita.
"Kedudukan hubungan kedua-dua parti itu akan diserahkan kepada Badan Perhubungan PAS Perak untuk memutuskan tindakan lanjut". Pemuda dan Muslimat PAS dalam muktamarnya semalam mahu PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment