Sunday, 22 May 2016

Rasuah Seks Di Selangor : Kempen Mahu Balas Dendam Terhadap Azmin?



PENDEDAHAN amalan rasuah seks jika mahu berurusan dengan Kerajaan Selangor amat menjatuhkan maruah PKR. Lebih-lebih lagi ia didedahkan oleh pemimpin parti sendiri.

Adakah ada serangan peribadi? Mustahil tindakan Setiausaha Agung PKR ini sengaja dilakukan dalam masa masing-masing sibuk dengan dua pilihan raya kecil (PRK). Pasti Rafizi Ramli ada niat tersembunyi ke atas Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali.

Umum mengetahui, Azmin kini telah membuat “kekacauan” dalaman PKR apabila bertindak mengikut Deklarasi Mahathir yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri.

Sedangkan, para pemimpin PKR khususnya Presiden dan aktivis Reformis 1998 amat menyimpan dendam terhadap Dr Mahathir Mohamed. Bagi mereka, bekas Perdana Menteri itulah penyebab Anwar Ibrahim dipenjarakan dan perjuangan PKR sekarang ini lebih tertumpu kepada membebaskan Ketua Umum tersebut.

Azmin tidak mahu mengalah dalam soal ini. Dia terus berkeras untuk membantu dan bersama Dr Mahathir sehingga sanggup membelakangkan Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti.

Jadi, adakah pendedahan amalan rasuah seks yang menjijikkan ini merupakan satu “amaran” atau serangan balas terhadap sikap keras kepala Azmin yang tidak mahu mendengar permintaan Presiden PKR? Soalnya sekarang, siapa di belakang misi pendedahan ini?

Kita akui, Rafizi hanyalah berfungsi sebagai “posmen” untuk meletupkan sesuatu isu. Namun “mastermind” adalah orang lain yang hanya duduk diam tanpa muncul di mana-mana.

Pastinya, pendedahan ini telah membuatkan Kerajaan Selangor pimpinan PKR telah malu besar. Ia juga pasti akan memberi kesan kepada dua PRK pada 18 Jun ini dan juga kepada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Sekali gus, rakyat sudah nampak bahawa kerajaan-kerajaan pimpinan parti pembangkang semuanya tidak bersih dan bergelumang dengan pelbagai masalah.

Jika di Selangor ada kes rasuah seks, di Kelantan pula ada isu pembalakan, manakala di Penang ada isu skandal banglo yang melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Jadi, dimana bukti yang mengatakan parti-parti pembangkang ini mahu berjuang untuk ketelusan, bersih, amanah, demokratik dan adil?

Mohon pembangkang jawab.
– Tv14
#PRKSungaiBesar
#PKRDanSeks
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

No comments:

Post a Comment