Sunday, 22 May 2016
Rakyat Malaysia yang disabit dengan kesalahan membunuh, Jabing Kho, menjalani hukuman gantungnya pada 3.30 petang semalam
SINGAPURA: Rakyat Malaysia yang disabit dengan kesalahan membunuh, Jabing Kho, menjalani hukuman gantungnya pada 3.30 petang semalam di Kompleks Penjara Changi di sini.
“Jabing jalani hukum mati sekarang… sama-samalah kita berdoa agar rohnya tenang dan Tuhan membawa Jabing ke syurga,” kata adik perempuannya, Jumai Kho, dalam catatannya di laman Facebook beliau.
Jabing dari Miri, Sarawak, semalam gagal dalam usaha mengetepikan pelaksanaan hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan Singapura menolak permohonan yang dilakukannya pada saat-saat akhir.
Jumai Kho memberitahu Bernama baru-baru ini bahawa jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Batu 1, Jalan Kuala Baram, Miri.
Jabing, yang menganuti agama Kristian sebelum ini, memeluk Islam ketika di dalam penjara dan memilih Muhammad sebagai nama baharunya.
Hukuman gantung Jabing sepatutnya dilakukan pada Subuh semalam tetapi peguam belanya berjaya memperoleh penangguhan sementara pelaksanaan hukuman itu lewat malam kelmarin.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini sedang berurusan dengan kerajaan negeri Sarawak bagi membawa pulang jenazah Jabing hari ini.
Dalam catatan terbaharunya, Jumai menulis bahawa selepas pelaksanaan hukuman itu, jenazah Jabing dibawa ke sebuah hospital di sini.
- Bernama
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment