Wednesday, 25 May 2016

“Pastikan Mahathir Tidak Berkuasa Kembali” – Anwar Ibrahim



BAGAIKAN luka lama berdarah kembali. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pemberita di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 23 Mei meminta rakyat supaya menghalan Tun Dr Mahathir Mohamed dari berkuasa kembali.

Selain mengesahkan ketulenan ‘Warkah Dari Penjara’, Anwar tidak mahu pemimpin seperti Dr Mahathir kembali memerintah negara kita. Tambahnya lagi, isu-isu seperti kronisme dan rasuah harus ditangani dengan serius.

Terdahulu, Ketua Umum PKR itu telah menulis dan mengutus sepucuk surat tulisan tangan meminta agar para pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan bekas Perdana Menteri itu. Bagi Anwar, Dr Mahathir merupakan seorang ahli politik yang bahaya didekati.

Anwar selain itu turut meminta agar mana-mana pemimpin partinya tidak terpengaruh dengan agenda Deklarasi Mahathir Selamatkan Malaysia, sebaliknya menyeru agar terus fokus kepada usaha reformasi melalui parti serpihan Umno tersebut.

Ramai pemerhati beranggapan, surat dari Anwar setebal lapan muka surat berkenaan ditujukan kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin adalah antara pemimpin parti itu yang dikatakan banyak membantu dan menyokong Deklarasi Mahathir bersama-sama DAP dan Parti Amanah Negara atau PAN.
— Tv14
#DeklarasiMahathir
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

No comments:

Post a Comment