Wednesday, 25 May 2016

Akhirnya Rafizi Ramli Terjerat, PKR Sah Parti Paling Kotor


JANGAN terkejut jika kita katakan dakwaan rasuah seks yang berlaku dalam urusan Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah drama yang skripnya dicipta. Mungkin bunyinya agak klishe bagi penulisan pro kerajaan, namun itulah antara kemungkinan berlaku.

Jika pendedahan dilakukan oleh mereka yang memihak kepada Barisan Nasional (BN), mungkin kita boleh ketepikan lagi. Namun perkara ini didedahkan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie.

Dedahnya, drama rasuah seks itu sengaja diviralkan semata-mata mahu ahli parti teralih arah fokus mereka yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan salah seorang pemimpin sendiri yang bertindak membocorkan isi kandungan warkah dari penjara, tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Majoriti ahli parti (PKR) percaya surat dalaman parti itu disyaki dibocorkan sendiri oleh ‘orang yang menguruskan pentadbiran parti’ kepada media. Bagi mengalihkan (isu) kebocoran surat itu, maka tuduhan rasuah wang dan perem­puan ini sengaja disebar.

“Saya berpandangan jika benar wujudnya dakwaan sogokan se­perti itu, sepatutnya individu terlibat menyiasat sepenuhnya dahulu dan tidak perlu ‘melambung ke seluruh dunia’ dakwaan itu sedemikian rupa. Sebaiknya ia perlu dibawa ke pengetahuan majlis pimpinan pusat dan dibincangkan di sana sebelum sesuatu keputusan dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, Shuhaimi tidak langsung mendedahkan pemimpin yang dia maksudkan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga terkenal dengan jolokan “Raja Fitnah” di media sosial mengaku bahawa dia menulis pendedahan amalan rasuah seks berkenaan.

Pihak kami juga ada mencabar Rafizi agar tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya apa yang dibongkarkan itu adalah tepat.

Namun seperti dijangka, Rafizi hanya berdiam diri dan berpusing-pusing cakap agar dilihat apa yang didedahkan itu suatu kenyataan. Dari satu segi, kami juga tidak mahu menafikan bahawa tiada sebarang unsur rasuah seks dalam mana-mana kepimpinan pembangkang. Melainkan, hasil siasatan SPRM mendapati tiada seperti dikata.

Dalam pada itu, sekiranya tuduhan Rafizi Ramli ini benar seperti di kata Shuhaimi, iaitu hanya sebuah drama yang direka, maka tidak salah lah netizen di media sosial gelarkan Setiausaha Agung PKR itu sebagai “Raja Fitnah”.

Seperti pepatah Melayu yang berbunyi “ditelan mati mak, diluah mati bapa”, Rafizi sekarang sudah terjerat dengan pembunuhan imej parti dan dirinya sendiri.

Sekiranya benar wujud amalan rasuah seks di Kerajaan Negeri Selangor, ia bermakna PKR jauh lebih teruk seperti disangka. Namun, jika tuduhan itu tidak benar, maka ia sebagai bukti baharu bahawa PKR memiliki seorang pemimpin yang “kaki fitnah”.
– Tv14
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM

No comments:

Post a Comment