Saturday, 2 April 2016

Minyak Turun Barang Tak Turun,Minyak Naik Barang Nak Naik?


MINYAK naik 10 sen tengah malam tadi, sekoyong-koyong itu juga lagu lama barang naik, berkumandang semula. Kali ini ada sikit kuatlah pasal kumpulan penyokong bekas ahli UMNO si Mahathir itu pun sekandang sekali menyanyi.

Apalah logik puak-puak ini pakai? Masa minyak turun tak pulak cerita barang turun, masa minyak naik, “dan dan” itu jugalah barang naik? Nak kena betul kepala macam mana lagi pun tak tahu.

Sepatutnya setelah beberapa bulan minyak turun, naik, tak berubah dan sebagainya ni, rakyat sudah boleh faham bahawa turun naik minyak tidak ada kaitan sama sekali dengan harga barang.Teori minyak turun, barang turun ni, teori bodoh yang dipelopori pembangkang. Kepalanya si sotong Rafizi tu lah. 

Jangan kata barang, perniagaan yang ada kaitan terus dengan minyak seperti pengangkutan dan sebagainya harga tak berubah pun sekali minyak turun.Jadi janganlah rakyat terpengaruh dengan dakyah yang didendang orang-orang tak berapa betul kepala seperti ini. Turun naik harga barang ini bukan keutamaannya rakyat, sebaliknya akal nak mengecam kerajaan dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak-mykmu

No comments:

Post a Comment