Friday, 1 April 2016

Ini Jawapan Pengerusi PERDA Kepada Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal isu pembelian rumah banglo mewah dan tanah Taman Manggis, mendesak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) untuk menjawab mengenai persoalan yang ditimbulkan berhubung penjualan sebidang tanah awam di mukim 09, daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang didakwa dijual dibawah harga pasaran.

Walaupun isu penjualan sebidang tanah itu baru dibangkitkan Guan Eng semalam, Pengerusi PERDA, Datuk Shabudin Yahaya hari ini tampil menjelaskan persoalan yang ditimbulkan oleh Guan Eng dan juga Adun Seberang Jaya, Afif Bahardin dalam satu kenyataan media di pejabat Perda di Butterworth sebentar tadi.

 Menurut Shabudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, pendedahan Guan Eng mengenai penjualan tanah milik Perda itu hanya dipandang dari aspek keuntungan semata-mata. Jelas Shabudin,PERDA bukan bersifat seperti kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi syarikat PERDA lebih mengutamakan rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

 "Dalam kes yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng mengenai penjualan tanah di Tok Keramat, SPS yang dikatakan dijual di bawah paras harga pasaran, saya dimaklumkan bahawa isu ini perlu dilihat dalam perbagai aspek dan bukan semata-mata perbandingan harga sahaja. "Perda bukan agensi untuk mengaut keuntungan, malah lebih membantu rakyat dengan menyediakan rumah kos rendah yang tidak bersandarkan keuntungan," kata Shabudin.

 Dalam masa sama, Shabudin menyeru kepada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya tidak mempolitikkan isu pembinaan rumah kos rendah, dan ikhlas diri untuk membantu PERDA bagi membina rumah kos rendah buat rakyat di negeri itu.

 "Disini saya ingin menyeru kepada pihak YB Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya lebih ikhlas membantu PERDA dan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyediakan kemudahan perumahan bersesuaian kepada rakyat Pulau Pinang.

 "Kerajaan Negeri tidak boleh bersikap pilih kasih dimana layanan terhadap pemaju swasta jauh berbeza dengan layanan terhadap PERDA, sedangkan pembangunan yang dibuat oleh PERDA adalah untuk kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang," katanya. - Utaranews.com

No comments:

Post a Comment