Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, perkara ini berikutan bukti baharu terdapatnya perjanjian jual beli (S&P) melibatkan Kuala Lumpur Dental Center Sdn. Bhd. (KLIDC) dan pihak ketiga.
Katanya, S&P yang didedahkan beliau hari ini itu menunjukkan KLIDC yang membeli tanah itu daripada kerajaan DAP Pulau Pinang didapati menjual pegangan sahamnya kepada pihak ketiga pada harga RM70.6 juta.
“Namun KLIDC tidak meneruskan projek hospital dan hotel itu sebaliknya menjual saham syarikat kepada pihak ketiga tahun lalu pada harga RM70.6 juta, sekali gus mengaut keuntungan RM59 juta.
“Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat yang sudah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperoleh daripada kerajaan negeri sebelum jualan saham boleh berkuat kuasa.
“Persoalannya adakah kerajaan negeri maklum mengenai penjualan projek ini pada November tahun lalu dan seterusnya memberi kelulusan, jadi ini isu yang perlu dijawab Guan Eng,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, bukti baharu membabitkan dokumen S&P yang didedahkan berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. -UTUSAN ONLINE
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/guan-eng-didesak-beri-penjelasan-isu-tanah-taman-manggis-1.208930#sthash.wImmmwmd.dpuf
No comments:
Post a Comment