26 APRIL: Susulan papan iklan #BebasAnwar yang dipasang di beberapa lokasi di Selangor, Menteri Besarnya Datuk Seri Azmin Ali dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Selasa untuk memberi keterangan.
Timbalan presiden PKR itu yang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 hadir di IPD Petaling Jaya kira-kira jam 4.10 petang dan memberi keterangan selama hampir satu setengah jam.
Azmin yang ditemui selepas soal siasat mendakwa seolah-olah tidak tahu apakah kesalahan yang dilakukannya dengan pemasangan papan iklan terbabit.
Sebaliknya semua sedia maklum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika ini adalah atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Sehubungan itu apabila papan iklan #BebasAnwar di pasang di sekitar Selangor yang ditadbir di bawah Azmin seolah-olah mempertikaikan keputusan mahkamah.
Tambah Ahli Parlimen Gombak itu siasatan yang dibuat ke atasnya berikutan terdapat perkataan ‘tahanan politik’ pada papan iklan terbabit.
Sebelum ini papan iklan #BebasAnwar yang menuntut pembebasan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dipasang di Ampang, Subang Jaya dan Klang.
Berikutan itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan papan tanda itu diturunkan kerana berunsur hasutan.
Papan iklan itu turut menerima bantahan daripada sekumpulan individu diketuai pemimpin bahagian UMNO Datuk Jamal Md Yunos.
Papan iklan itu turut menerima bantahan daripada sekumpulan individu diketuai pemimpin bahagian UMNO Datuk Jamal Md Yunos.
No comments:
Post a Comment