Saturday, 2 April 2016

Arul Kanda Akan Letak Jawatan??


Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda membetulkan salah tanggapan sesetengah pihak bahawa kononnya beliau akan meninggalkan firma pembangunan strategik milik kerajaan itu.

Baca: 1MDB Tiada Lakukan Kesalahan Berdasarkan Siasatan Bank Negara

Sebaliknya, Arul menegaskan, apa yang beliau perkatakan dalam dalam satu temubual dengan agensi berita kewangan yang disiarkan hari ini adalah mengenai tanggungjawabnya selesai susulan pelan rasionalisasi kumpulan itu sudah berjaya.

“Saya menafikan saya mengatakan saya telah atau akan meletak jawatan. Apa yang saya katakan ialah tugas saya selesai dengan kejayaan rasionalisasi,” katanya kepada BH menerusi WhatApps hari ini.

Salah tanggapan itu timbul susulan ada laporan membayangkan beliau akan meninggalkan firma berkenaan setelah menyatakan tugasnya sudah selesai di 1MDB dan meninggalkan syarikat dengan dana yang sudah diperoleh.

Pada 5 Januari 2015, 1MDB mengumumkan pelantikan Arul sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkuat kuasa serta merta dengan tempoh kontraknya adalah selama tiga tahun.

No comments:

Post a Comment