Saturday, 5 March 2016
Tun M Tidak Bertanggungjawab, Mengecewakan- S. Vell Pari
KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat MIC Datuk Seri S. Vell Paari menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mendesak penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah sebagai tidak bertanggungjawab dan mengecewakan.
Tindakan bekas Perdana Menteri itu yang sanggup bersama dengan pihak pembangkang juga menunjukkan hakikat bahawa Tun M telah hilang sokongan dalam parti UMNO dan Barisan Nasional.
S. Vell Pari turut mengingatkan bahawa Tun M turut pernah diminta meletakkan jawatan sewaktu menjadi PM dahulu, tetapi hanya melakukan hal demikian apabila beliau sendiri sudah bersedia.
“Jangan kita lupa bahawa Dr Mahathir, semasa menjadi PM juga menghadapi panggilan itu beliau meletakkan jawatan.
“Tetapi beliau memilih untuk meletak jawatan apabila beliau bersedia untuk berbuat demikian. Bukan satu minit lebih awal,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Tun M terhadap Najib juga merupakan dakwaan kitar semula yang dimainkan oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report tanpa ada sebarang bukti.
“Pada asasnya ia adalah konspirasi jenayah dengan bantuan kedua-dua elemen tempatan dan asing untuk menjatuhkan seorang PM dipilih dan kerajaannya,” katanya.
“Dengan rasa rendah diri saya berpendapat sekiranya Tun M melihat Najib bukan seorang Presiden UMNO yang baik, adalah lebih baik ia ditentukan melalui proses pemilihan di peringkat dalaman parti untuk menjayakan hasrat anda.
“Walau bagaimanapun, disebabkan anda bukan lagi ahli UMNO dan kini telah menyertai rakan-rakan dalam pembangkang, anda boleh meletakkan nasib Najib dan BN pada Pilihanraya Umum akan datang, dan menyerahkan keputusannya kepada rakyat sama ada memilih Najib atau Tun M untuk memimpin BN,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment