PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad telah hilang kedudukan sebagai negarawan ekoran langkahnya yang menjalinkan kerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri menerusi Deklarasi Rakyat.
Menurut Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu boleh memburukkan nama negara dan menyebabkan ketidakstabilan.
“Saya lebih suka menyerahkan keputusan itu kepada kebijaksanaan MT (Majlis Tertinggi) dan saya tidak boleh komen apa-apa lagi,” katanya yang dipetik dari Mstar Online.
Mengulas lanjut, Mustapa yang merupakan Ahli Parlimen Jeli percaya, dua ahli Parlimen Barisan Nasional yang turut bersekongkol dengan Dr Mahathir iaitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing kerana masih lagi menjadi ahli UMNO yang setia.
Jelasnya, meskipun kedua-dua pemimpin UMNO itu menentang Presiden parti, namun, mereka masih percaya kepada parti orang Melayu berkenaan lebih-lebih lagi kemenangan mereka adalah atas tiket UMNO.

No comments:
Post a Comment