Wednesday, 9 March 2016

Rafizi terperangkap dalam fitnah sendiri.



SETIAUSAHA Agung PKR Rafizi Ramli Rafizi Ramli telah menafikan bahawa beliau pernah berjanji hendak mengecat mana-mana pengsapuri, apatah lagi Pangsapuri Intan, Bukit Permai, Parlimen Pandan.

Tapi nampaknya Rafizi ttelah terperangkap dalam penipuan yang dibuatnya sendiri, tanpa disedar.
Biasalah, waktu menabur janji, bulan dan bintang pun mampu dicapai untuk diberi pada rakyat. Apabila tiba masanya janji dituntut, mulalah cari ruang untuk bersembunyi dan mengelak.


Teruk Rafizi ditempelak apabila janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu untuk mengecat bangunan sebuah pangsapuri di Bukit Permai dalam kawasan Parlimen Pandan tidak dilayan malahan mengaku tidak pernah berjanji.

Selepas Rafizi mengaku tidak pernah berjanji sedemikian, ada pihak yang memuatnaik video janji berkenaan dalam satu ceramah pada 23 April 2013.

Isi mengecat ini timbul apabila terdapat pengguna Facebook yang bertanyakan mengenai hal berkenaan di Facebook Rafizi.

“Satu lagi soalan, bila nak kotakan janji PRU lalu nak cat Pangsapuri Intan Bukit Permai di kawasan Parlimen Pandan?” menurut soalan di laman sosial Facebook.

Dengan selamba Rafizi menjawab “Tak pernah saya janji nak cat mana-mana pangsapuri, apatah lagi Pangsapuri Intan… Yang dok cat dan tulis nama “sumbangan oleh…….” itu BN… Saya boleh terima kalau saudara kritik yang munasabah, tapi jangan reka cerita yang tak betul,”… katanya menjawab individu berkenaan.

Kini, di laman sosial Facebook telah viral video janji yang dibuat oleh Rafizi pada ceramah itu dan ia kini dikecam hebat di laman sosial.

Ini adalah antara jawapan dari wakil pembangkang yang banyak dikomen oleh rakyat yang benar-benar tertindas serta tertipu dek permainan politik beliau yang merupakan Ahli Parlimen kawasan Pandan.

Janji Rafizi berbunyi begini….

“Kalau Pakatan Rakyat menang, tolong pertimbangkan untuk cat balik Pangsapuri Intan… In Sha Allah kalau Pakatan Rakyat menang, kita akan cuba sedaya upaya, kita akan ambil duit Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat,” katanya dengan nada semanis gula.. - bicara rakyat

Ini adalah pautan ke video yang memaparkan Rafizi menabur janjinya yang dimuat naik ke laman Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=EIlscQE2JiI

Bagaimanapun, apabila penduduk menagih semula pelaksanaan janji itu lain pula tutur kata lidah Rafizi.

Yang tiada bukti pun Rafizi dikatakan galak menipu, inikan pula yang sudah ada bukti

No comments:

Post a Comment