Friday, 4 March 2016

OPS CEGAH SERBUAN SARANG PONDAN.


GEORGETOWN - Seramai 12 pondan ditahan polis dalam Operasi Noda di Jalan Lebuh Chulia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati lima daripada mereka terbabit dalam satu kes samun berkawan terhadap seorang pelancong asing beberapa hari lalu.

Menurutnya, operasi dilakukan jam 11 malam selepas pihaknya melakukan tinjauan dan juga hasil maklumat orang ramai.

"Operasi ini diketuai dua pegawai dan 15 anggota polis.

"Kita akan sentiasa memantau dan melakukan operasi bagi membanteras aktiviti tidak bermoral ini," katanya.

No comments:

Post a Comment