Wednesday, 17 February 2016

Rumah Ronald McDonald PPUKM satu impian menjadi kenyataan


Kebanyakan keluarga datang dari segala ceruk rantau Malaysia ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan hospital untuk anak-anak mereka. Kos rawatan perubatan pediatrik sememangnya adalah mahal dan sekiranya ditambah dengan perbelanjaan di hotel atau motel di bandar akan lebih memberi tekanan kewangan dan emosi. Tambahan lagi, keluarga kanak-kanak ini pastinya ingin memilih untuk menetap sehampir mungkin dengan anak-anak mereka yang mendapatkan rawatan.

The Ronald McDonald House (RMH) - PPUKM menawarkan kepada keluarga sebegini penginapan yang berpatutan dan selesa di dalam kawasan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) iaitu semurah RM5 semalam. Secara rasmi RMH - PPUKM dilancarkan pada 21/06/1999.

Rumah ini mempunyai 19 bilik tidur dengan bilik mandi 'en suite' dan kemudahan yang lengkap seperti dapur, ruang makan, ruang TV, taman dan bilik permainan untuk kanak-kanak, bilik komputer, perpustakaan, bilik dobi dan lain-lain. Ianya merupakan rumah pertama seumpamanya di rantau ASEAN.

Sehingga kini, lebih daripada 600 keluarga yang mempunyai anak yang mendapatkan rawatan di PPUKM dan semua hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang telah mendapat manfaat daripada kemudahan ini sejak penubuhannya. Sejak tahun 1999, McDonalds telah menyalurkan lebih daripada RM4.5 juta bagi program ini.

RMH - PPUKM ini dibuka 24 jam sehari 365 hari dalam setahun. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi 03-91735994. Keluarga yang mempunyai masalah kewangan dibenarkan tinggal tanpa sebarang kos atau bagi yang mampu bolehlah membuat sumbangan sebanyak RM5 sehari.



No comments:

Post a Comment