Monday, 29 February 2016

Perbincangan Tentang Status Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) Pada Mesyuarat MT Yang Lepas

1. Presiden parti diberi maklum akan mesyuarat MT pada kali ini akan membincangkan tentang Kes TSMY.

2. Beliau menawarkan diri untuk keluar dari mesyuarat dan digantikan dengan DS Zahid Hamidi.

3. Seorang MT membantah keputusan ini dan meminta supaya DS Zahid juga untuk turut keluar memandangkan DS Zahid adalah Naib Presiden paling kanan dan menerima manfaat terbanyak sekiranya TSMY digantung/dipecat.


4. Presiden dan Naib Presiden bersetuju dan mereka meninggalkan mesyuarat dan tunggu di luar bilik mesyuarat (tidak meninggalkan Bangunan UMNO) dan DS Hishamuddin Hussein menjadi pengerusi mesyuarat.

5. SUA memaklumkan bahawa surat jemputan ke mesyuarat sudah dihantar kepada TSMY dan DS Shafie Apdal. TSMY menjawab tidak akan hadir melalui faksimili manakala PA DS Shafie menelefon jam 3 petang memaklumkan DS tidak hadir.

6. Terdapat tiga usul yang dibangkitkan mengenai kes TSMY iaitu:
a. dipecat daripada UMNO;
b. digantung jawatan Timbalan Presiden; dan
c. digantung keahlian.

7. YB KJ bertanyakan kepada SUA bahawa mengapa kes TSMY tidak dibawa kepada lembaga disiplin UMNO. SUA memaklumkan bahawa surat telah dihantar dan telah dijawab oleh Lembaga Disiplin iaitu:
"Kes Timbalan Presiden merupakan kes berprofil tinggi. Lembaga Disiplin ingin menyerahkan keputusan ini kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengikut perlembagaan parti perkara 10.16 iaitu:  Tanggungjawab Ahli Majlis Tertinggi: Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti."
Kes seperti ini pernah berlaku (precedent case) ketika DS Dr. Mahathir dan MT membincangkan kes DS Anwar Ibrahim. Cuma ketika itu DS Dr. Mahathir tidak keluar dari mesyuarat dan DS Anwar Ibrahim hadir untuk mempertahankan dirinya.

8. Ada yang membangkitkan mengapa tidak memilih untuk dipecat TSMY. DS Nazri Aziz memaklumkan bahawa pertimbangan untuk memecat itu seharusnya diambil sekiranya seseorang itu melanggar perlembagaan persekutuan (melakukan jenayah berat).
"Apa yang DS Dr. Mahathir lakukan pada DS Anwar Ibrahim kerana itu DS Dr. Mahathir."

9. Maka opsyen untuk TSMY dipecat tidak bincangkan. Hanya digantung jawatan Timbalan Presiden atau digantung keahlian dibincangkan.

10. Akhirnya, ahli MT bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menggantung TSMY daripada jawatan Timbalan Presiden sahaja sehingga pemilihan akan datang.

KESIMPULAN:
1. Penggantungan jawatan TSMY sebagai Timbalan Presiden adalah demokratik dan mengikut prosedur yang betul kerana diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

2. TSMY tidak mengkritik kepimpinan parti mengikut saluran malahan mengeluarkan tuduhan kepada media.

3. DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi tidak mengeluarkan pandangan beliau mengenai kes TSMY sepanjang mesyuarat dijalankan.
#KetahuiCeritaSebenar
#UMNODemokratik

No comments:

Post a Comment