Thursday, 25 February 2016

Perbalahan Azmin Ali dan Lim Guan Eng Semakin Tegang!!


“Ketegangan” yang meletus antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kini dilihat semakin reda. Suasana “aman” ini banyak disumbangkan kepada satu kenyataan terbuka Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, yang memohon maaf diatas kelancangan dan kelantangan kenyataan Azmin yang menghentam Guan Eng baru-baru ini.


Semuanya bermula apabila Lim Guan Eng bertindak memecat dua orang ADUN PKR yang mempengerusikan dua buah GLC di Pulau Pinang. Pemecatan ini berikutan tidakan dua orang ADUN PKR ini yang memilih untuk berkecuali terhadap pengundian usul yang dibawa oleh ADUN BN berkenaan projek tambakan laut di Pulau Pinang.


Tindakan ini pantas mengundang kritikan pedas daripada Azmin yang mendakwa Lim Guan Eng tidak seharusnya melakukan tindakan sedemikian hanya bersandarkan perbezaan pendapat. Namun, Guan Eng nyata tidak mendiamkan diri. Sebagai respon terhadap kritikan Azmin, beliau menempelak Azmin dengan kenyataan, Azmin tiada hak untuk mencampuri urusan kerajaan negeri Pulau Pinang.TERUSKAN MEMBACA

No comments:

Post a Comment