Sudah menjadi trend di media sosial pro-pembangkang untuk menjadikan apa saja modal untuk menyerang pemimpin kerajaan. Terbaru fitnah politik murahan mereka, Datuk Ahmad Maslan menjadi mangsa, konon-kononya Datuk Ahmad Maslan kantoi menipu hidang sup mentah. .
Bila diselidik balik, Itu adalah salah satu cara memasak nasi kukus.Air rebusan daging dengan rempah ratus dicampur, dikacau supaya sebati. Proses awal ini tidak memerlukan api. Dan itulah yang sedang dilakukan oleh Ahmad Maslan.
Selepas itu, air rebusan tadi dicedok dan letak di lapisan dulang nasi yang tersusun di belakang beliau (lihat gambar).
Waktu itulah baru menggunakan api. Malangnya ramai haters menelan bulat-bulat cerita yang dibawa.bila hati dah hitam kejahatan melebihi syaitan.
PENANGKINI- Depa ni tak pernah buat kerja kenduri gamaknya.. Perkara biasa la kalau nak cedok lauk kena kacau dulu,baru dapat semua rencahnya. Tak pernah makan laksa ke? Bukan ke kita kacau dulu baru cedok? Kalau dah malas tu, malas laa sampai bila2. Ke dapur malas, observe malas, fikir pun malas! Tau melantak jer.. Lepas tu mengutuk! Nak aibkan org sampai tak sedar Allah tunjukkan aib sendiri.


No comments:
Post a Comment