Thursday, 25 February 2016

#OpsNODA "Penang Sarang Maksiat"-Tahniah @PDRM.


GEORGE TOWN - 15 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Madras Lane.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang ditahan dalam operasi pukul 11.30 malam ialah 3 Vietnam dan 12 cina berusia antara 23 dan 40 tahun.





"Semasa serbuan ada GRO yang cuba melarikan diri melalui laluan khas di pusat hiburan itu. Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang bekerja sebagai penjaga di pusat hiburan itu.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua mereka bekerja tanpa permit yang sah, melanggar syarat pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan diri yang sah.

Polis turut merekod keterangan empat lelaki tempatan berumur 30-an yang merupakan pelanggan di pusat hiburan itu bagi membantu siasatan, katanya.

No comments:

Post a Comment