Sunday, 28 February 2016
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PUSAT LITERASI KOMPUTER KEMAS SUNGAI ACHEH, SPS.
NIBONG TEBAL, - Majlis Penerangan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pusat Literasi Komputer KEMAS Sungai Acheh telah dirasmikan Datuk Mahmud Zakaria, ADUN Sungai Acheh.
Pusat Literasi Komputer yang ditubuhkan oleh oleh Kerajaan Pusat ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang teknologi maklumat dan menyediakan kemudahan pengunaan komputer bagi pembelajaran kepada penduduk kampung sekitar khususnya masyarakat di sekitar Sungai Acheh.
Selain itu, penubuhan pusat ini dapat mengisi masa lapang penduduk sekitar dengan aktiviti berfaedah serta dapat mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan ICT.
Datuk Mahmud Zakaria dalam ucapannya, program dan kursus yang di anjurkan perlu sentiasa diadakan promosi dari rumah ke rumah bagi mengalakkan lebih ramai pengguna kemudahan komputer di pusat tersebut.
Dalam majlis yang sama, turut disampaikan watikah perlantikan ahli jawatankuasa Pusat Literasi Komputer Sungai Acheh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment