Friday, 26 February 2016
KEMPEN KUTIPAN DERMA UNTUK PEMBANGUNAN PUSAT AKTIVITI MIM (RUMAH MIM) ..JOM Support!!!
Projek amal di Pulau Pinang yang diusahakan oleh segenap lapisan umur,bangsa dan negeri.Kerjasama pelbagai kaum dan umur ni bagi membantu gelandangan di sekitar Pulau Pinang. Boleh terus ke page MIM - Rice & Roses Pulau Pinang.
https://m.facebook.com/ricenroses/
Aktiviti kami adalah pemberian makanan dan pendidikan percuma kepada warga Penang yang kurang berkemampuan untuk makan dan belajar perkara asas.
KEMPEN KUTIPAN DERMA UNTUK PEMBANGUNAN PUSAT AKTIVITI MIM (RUMAH MIM) DAN TABUNG DANA PENGURUSAN.
(JUMLAH DIPERLUKAN KESELURUHAN RM4730.00)
Untuk makluman anda semua, pada tanggal 06 Februari 2016 yang lepas, genap 60 kali program makanan dan pendidikan percuma Rice & Roses telah berlangsung.
Sehingga tarikh itu juga genap 60 kali kita telah menumpang ruangan rumah seorang aktivis kita (Pakteh @ Bukhari) untuk dijadikan dapur sementara kerja2 gotong royong memasak untuk program Rice & Roses dan dalam masa yang sama sebagai ruang pejabat serta alamat rasmi surat menyurat Pertubuhan Masyarakat Madani Malaysia (MIM Bersaudara).
Ya, kita masih belum mempunyai premis atau pusat aktiviti sendiri dan selama ini masih menumpang dirumah sahabat kita ini.
Oleh yang demikian, sejak tahun lepas, kita telah mula merancang untuk memiliki pusat aktiviti kita sendiri yang akan menempatkan Pejabat Pengurusan MiM, Dapur memasak Rice & Roses dan ruang aktiviti untuk aktiviti2 MIM.
Alhamdulillah, pada awal tahun ini, usaha ke arah mewujudkan pusat aktiviti MiM (Rumah MIM) semakin jelas sinarnya apabila Encik Mohd Noor (bapa kepada Bukhari/Pakteh) memberi keizinan untuk kami menggunakan tanah miliknya untuk dibangunkan pusat aktiviti kita, yang kelak akan dikenali sebagai Rumah MiM.
Tanah yang terletak di Kampung Permatang Janggus (berhampiran Bandar Seberang Jaya) tersebut tidaklah seluas mana, namun teramat cukup untuk kita bangunkan sesuatu yang bakal memberi lebih banyak manfaat kepada semua masyarakat dan penduduk sekitar.
Kami memilih lokasi ini kerana berdekatan dengan tempat sumber bahan mentah diperolehi (1km dari TESCO Extra Seberang Jaya dan 3 Km dari Mydin Mall Jalan Baru, Bukit Mertajam), dekat dengan kawasan sukarelawan2 pelajar terutama dari UiTM, Politeknik, IPTB dan lain2 ipta/ipts yang membantu, bersebelahan Highway Butterworth Kulim Expressway (BKE) dan lain2 kemudahan yang berhampiran.
Walau bagaimana pun, perjalanan masih jauh, dan terdapat sangat banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum impian untuk membangunkan Rumah MiM dapat direalisasikan kerana kekangan dana yang dihadapi pihak kami.
Tanah tersebut sudah terbiar lama. Satu-satunya rumah yang masih ada, sudah uzur luar dan dalamanya. Malah, kawasan sekitarnya sudah menjadi belukar dan paya.
Kami tidak boleh menunggu lama selepas En. Mohd Noor memberi lampu hijau dan motivasi kepada kami untuk bangunkan kawasan itu. Famili En. Mohd Noor dan Pakteh sangat positif dalam hal2 kemasyarakatan ini. Bukan setakat menumpangkan rumah beliau untuk dijadikan tempat memasak serta stor untuk simpanan peralatan selama ini, kini beliau memberi pula tanah kepada kami untuk membangunkan Pusat Aktiviti MIM ditanah milik keluarganya.
Lalu pada 10 Februari 2016 yang lalu, para aktivis dan sukarelawan kita telah bersepakat menyumbang dana dan membanting tulang empat kerat 100% dari belia muda dan aktivis sukarelawan untuk memulakan kerja-kerja pembersihan tapak tersebut.
Kerja-kerja pembangunan dibahagikan kepada beberapa fasa.
Setakat hari ini, kerja-kerja untuk FASA PERTAMA iaitu pugar tanah, bersihkan kawasan hutan semak samun dan runtuhkan sebahagian rumah telah berjaya diselesaikan.
Kerja-kerja untuk FASA KEDUA pula telah berjalan sejak 15 februari yang lalu. Walau bagaimana pun, kerja-kerja tersebut tergendala buat sementara kerana kita kekurangan peralatan yang diperlukan. Malah, kita juga kekurangan dana untuk membeli peralatan-peralatan tersebut. (Sesetengah peralatan perlu dibeli/disewa dengan kos yang agak tinggi).
Oleh yang demikian, kita bersepakat untuk melancarkan satu kempen kutipan amal untuk mengumpul dana yang diperlukan.
Kepada sesiapa yang ingin menginfaqkan sebahagian harta atau membuat amal jariah bagi melancarkan gerakerja kami, bolehlah menyalurkan sumbangan anda dari nilai RM1, RM 5, RM 10, RM 50 dan nilai2 seterusnya bolehlah berbuat demikian di 'Akaun Pertubuhan' kami seperti yang tertera dibawah ini:
1. CIMB Islamic
Acc No : 8602262941
2. MAYBANK Islamic
Acc No : 5574 0151 6059
Atas Nama : Pertubuhan Masyarakat Madani Malaysia (MIM Bersaudara)
*Kepada saudara/i yang ingin menyumbang sila maklum atau mesej jumlah dan waktu sumbangan untuk rekod kami bagi tujuan audit.
Mungkin pekerjaan saudara/i dan tuan puan semua membataskan tanggungjawab untuk bersama gerakerja murni ini tapi anda masih boleh membantu gerakerja amal kebajikan ini dengan memberi bantuan, sokongan dan dokongan kepada kami untuk meneruskan niat baik ini.
Apa2 maklumat lanjut boleh hubungi koordinator kami di talian berikut :
Sdra Taufik - 012.586.9905
Sdra Haizie - 016.497.9841
Sdri Yasmin - 019-616 8845
Sdri Fatiah - 011.3760.3243
Sekian, harap maklum
Koordinator MIM
Pertubuhan Masyarakat Madani Malaysia (MIM Bersaudara)
- PPM-010-07-01062015 -
~Dari Jalanan Kita Bangunkan Peradaban~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment