Tuesday, 16 February 2016

Kayuhan #bebasanwar di Pulau Pinang tidak mendapat sambutan


PKR Pulau Pinang telah mengadakan satu majlis 'Kayuhan Kebebasan', sebagai tanda sokongan mereka untuk menuntut Anwar Ibrahim dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.
Menurut PKR Pulau Pinang, dengan mengadakan majlis seperti ini, rakyat di negeri itu akan memperingati perjuangan Anwar yang sedang sengsara di dalam sana.
Majlis yang diadakan seawal jam 7 pagi itu dikhabarkan akan dihadiri seramai 800 orang, namun jumlah itu amat mengecewakan apabila jumlah yang hadir tidak melebih 100 orang.
Selain itu, ada juga yang berasa marah dengan pihak pengurusan majlis yang merupakan penyokong PKR, kerana aturcara kayuhan yang dijadualkan bermula jam 7.30 pagi terpaksa ditunda ke jam 8.30 pagi ekoran masalah teknikal.
Yang seterusnya, majlis kayuhan yang berunsur politik ini juga dihadiri atau disertai oleh kanak-kanak yang berada dibawah umur. Perkara ini amat mengecewakan kerana golongan ini telah diajar untuk berpolitik walaupun masih dibangku sekolah!

No comments:

Post a Comment