Monday, 29 February 2016

Karikatur "HINA" PM Lepas Dari Hukuman!!?


Fahmi Reza hari ini membawa karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dipanggil polis berhubung karya seni yang sama yang diedarkan dalam talian.
Beliau bergambar dengannya di hadapan media di luar ibu pejabat polis itu petang ini sebelum memberi keterangan kepada polis selama 90 minit.

Beliau kemudian muncul dari balai polis meluahkan rasa terkejut apabila tidak ditahan kerana aksi itu.
Fahmi berkata semasa soal siasat, anggota polis meminta beliau memberikan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun media sosial termasuk Facebook, Twitter danInstagram.
Bagaimanapun, artis itu berkata beliau enggan menyerahkan butiran itu walaupun telah menjawab semua soalan lain dan mengakui menjadi orang yang melukis dan memuatnaik karikatur itu.
“(Saya kata) saya tak boleh bagi user-name dan password kepada akaunFacebook saya, Instagram saya, dan jugaTwitter saya kerana itu akaun peribadi saya. Tetapi aku boleh bagi kerjasama kalau diaorang nak tengok apa-apacontent.
“Aku tak ada apa nak disembunyikan, tak ada apa nak sorok. Semua ada kat situ.
“Masalahnya ialah kalau bagi passwordkita, dia (polis) boleh akses segalanya – dia boleh akses mesej Facebook saya, dia boleh akses benda-benda lain yang tiada kaitan dengan isu ini, dan saya tak mahu itu,” katanya kepada wartawan dan penyokong di luar ibu pejabat polis itu.
Fahmi berkata beliau mengakui bahawa Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) menyatakan beliau mesti membekalkan agensi penguatkuasaan, terutamanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM), akses kepada akaun beliau untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun beliau mahu membuka akuan itu sendiri dan pegawai penyiasat boleh mendapat maklumat yang mereka perlukan.
Fahmi kini disiasat di bawah Seksyen 233 CMA kerana didakwa menyalahgunakan rangkaian telekomunikasi, dan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tindakan “sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan”.
Beliau dijadual memberi keterangan kepada SKMM pagi esok.
Sementara itu peguam Fahmi, Syahredzan Johan berkata mereka diberitahu siasatan ini berkaitan karikatur lain yang dibuat Fahmi, tetapi mereka tidak diberitahu yang mana satu.
Semasa soal siasat hari ini, kira-kira 40 penyokong Fahmi menunggu di luar Ibu pejabat polis itu sejak pukul 4 petang.
Pelik apabila merujuk kepada kes lain dikhabarkan mudah sahaja polis mendapatkan apa saja yang dikehendaki termasuk password dan username akaun peribadi samada facebook atau twitter dan lain-lain. Ada “double standard” kah dalam PDRM atau sememangnya takut sangat kepada pihak pembangkang atau ada parasit di dalam PDRM?

No comments:

Post a Comment