Denda cermin gelap RM300 bukan RM2,000 seperti dilaporkan
Susulan laporan media pada Khamis lepas (18 Feb) berkaitan denda RM2,000 yang akan dikenakan bagi kesalahan penggunaan cermin gelap melebihi had, hari ini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia tampil menafikan kenyataan itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sebaliknya kompaun maksimum yang dikenakan oleh JPJ bagi kesalahan berkenaan adalah sebanyak RM300.
Katanya, JPJ menerima maklum balas negatif daripada orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan.
No comments:
Post a Comment