Kandungan papan tanda yang dipamerkan ini ternyata biadap terhadap kedaulatan undang-undang iaitu mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.
Bagaimana PBT Penang boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR.
Papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu dipamerkan di beberapa kawasan di Penang antaranya di Bayan Baru, Seberang Jaya dan Sungai Dua.
Kita mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta beberapa agensi lain segera menyiasat perkara ini.
"Tindakan mereka (kerajaan Pulau Pinang) ini tidak boleh diterima, ini menunjukkan mungkin terdapat penggunaan wang rakyat telah disalah guna kerajaan negeri," katanya.
Tindakan kerajaan negeri yang menggunakan akhbar Buletin Mutiara untuk tujuan politik juga dianggap tidak patut.
Kerajaan negeri gunakan akhbar Buletin Mutiara untuk mempromosikan politik mereka dan kandungan akhbar ini telah disalah guna.
Akhbar Buletin Mutiara diletakkan di bank, kedai makan & masjid khususnya pada hari Jumaat, jika orang ramai membaca terutama orang muda ia jelas akan mengelirukan mereka.

No comments:
Post a Comment