Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S Murali mempertahankan pendedahan beliau mengenai tindakan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang memilih 'bulu' dalam isu lantikan Ahli Majlis.
Malah beliau bersedia mengemukakan bukti mengenai perkara ini dan menafikan ia adalah satu isu yang kecil seperti yang didakwa Setiausaha Politik Azmin, Shuhaimi Shafiei.
"Saya dengan ini mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam sidang media semalam yang turut dihadiri beberapa pimpinan cabang PKR Selangor dan saya sesdia berdepan dengan siapa sahaja untuk menunjukkan bukti," katanya dalam satu kenyataan media.
Ujar Murali, beliau bertindak sedemikian kerana melihat Azmin tidak menghormati struktur parti dan sedang berusaha mensabotaj parti diperingkat cabang.
"Saya tegaskan lantikan Ahli Majlis mengenepikan suara Cabang dan ia usaha melemahkan parti peringkat Cabang yang tidak menyokong Azmin pada pemilihan lalu.
"Di mana sememangnya Azmin kalah di kebanyakan Cabang dalam Selangor," ujarnya.
Kata beliau lagi Azmin menyalahgunakan peraturan yang ditetapkan oleh mesyuarat Exco dan hanya menggunakannya apabila mempunyai kepentingan.
"Contohnya Prof Dr.Aziz Bari kerana Azmin takut dengan dia maka usaha DAP menamakan dia selaku Ahli Majlis Ampang dinafikan kerana alasan dia duduk dalam kawasan Majlis Selayang.
"Tetapi peraturan ini dibakul sampahkan bila mahu tempatkan kroni mereka," katanya.
Semalam, Murali bersama Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendakwa Azmin tidak telus dan tidak menghormati akar umbi parti dalam pemilihan ahli majlis penguasa tempatan di negeri itu.
Malah bukan itu sahaja, Azmin juga bersikap 'pilih bulu' dan menidakkan senarai calon Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikemukakan.

Antarapos

No comments:
Post a Comment