Thursday, 18 February 2016

60 Unit Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Untuk Rakyat Pulau Pinang.


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan P.Pinang, Dato Seri Zainal Abidin Osman menghadiri taklimat projek perumahan SPNB (Rumah mesra rakyat 1 Malaysia) yg sedang dilaksanakan di Kampung Manggis, Bkt Mertajam.




Setelah pelbagai kesulitan ditempuhi, projek pembinaan sebanyak 60 unit rumah sesebuah ini akhirnya berjaya direalisasikan dengan hasil usaha kerjasama pelbagai pihak seperti Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU), SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan pemimpin UMNO tempatan.

Terima kasih kerajaan Pusat yang prihatin yg mendengar denyut nadi rakyat dengan sentiasa memastikan keperluan asas rakyat sedaya upaya dipenuhi. Turut hadir, YB Dato Jahara Binti Hamid, Pegawai Kemajuan Negeri PP Tuan Syed Shaari dan Ketua UMNO Bhgn Bukit Mertajam, Dato Musa B Sheikh Fadzir.

No comments:

Post a Comment